Sabtu, 29 September 2012

Tanda Wanita Orgasme

Spices Of Heart/ 

Tanda Wanita Orgasme|Soal orgasme kadangkala ibarat misteri bagi kaum wanita.Hanya kerana tidak mahu pasangan lelaki terkilan dan terguris hati,tidak kurang wanita yang seringkali cenderung berpura-pura orgasme waktu berasmara. 

Oleh kerana itu,kaum lelaki perlu mengetahui apakah pasangan wanitanya benar-benar telah orgasme atau tidak demi sebuah hubungan asmara yang mampu memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Berdasarkan kepada banyak kajian dan penelitian yang dibuat oleh pakar-pakar seksual,ada beberapa tanda yang boleh dilihat untuk menentukan orgasme bagi wanita.

Antara tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut..


Puting Payudara Dan Klitoris
-Saat wanita mencapai orgasme,biasanya puting payudara dan klitorisnya akan mengeras.Jika tidak,besar kemungkinan yang wanita hanya berpura-pura orgasme.

Nafas Dan Degup Jantung
-Tanda wanita ingin mencapai kemuncak ialah apabila nafasnya semakin berat dan laju.Degupan jantungnya juga akan bertambah cepat dan kencang saat menghampiri orgasme.

Warna Bibir Dan Bibir Vagina
-Waktu orgasme bibir wanita akan berubah warna menjadi merah seolah-olah menyerap darah.Begitu juga dengan bibir vaginanya yang akan menampakkan warna yang sama.

Saiz Anak Mata
-Saiz anak mata yang sedikit membesar dari waktu-waktu biasa menandakan yang wanita sedang menikmati puncak klimaksnya. 

Kelakuan
-Kebiasaannya,wanita yang benar-benar mencapai orgasme akan memilih berbaring selama beberapa minit menikmati orgasmenya selepas habis melakukan seks.Ini kerana,orgasme akan membuat mata menjadi sayu dan tubuh badan akan lemah dan lesu.Kiranya wanita terus bangun dari ranjang,itu tandanya,dia hanya berpura-pura telah orgasme.


Semoga dengan beberapa tanda yang diberikan di atas,akan dapat membantu kaum lelaki dalam hubungan seks dengan pasangan wanita.Agar tiap hubungan seks yang dilakukan boleh di raih kepuasan dan kenikmatan bersama-sama.



2 ulasan: